Privacy Policy
1. ASAR PRIVASI AIRTRUNK
- AirTrunk Operating Pty Ltf ACN 612 044 283 dan entiti-entiti yang berkaitan dengannya (kami, kita) mengiktiraf kepentingan melindungi privasi dan hak individu berkaitan dengan maklumat peribadi mereka. Dokumen ini adalah dasar privasi kami (Dasar) dan menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan, mengurus dan mendedah maklumat peribadi anda.
- Dasar ini terpakai kepada mana-mana individu (anda) yang maklumat peribadinya mungkin kami kumpul, guna, urus dan dedah, termasuk pekerja, ejen, kontraktor, konsultan luar, wakil pihak ketiga, pembekal, rakan niaga, pelanggan, pelawat premis kami, dan mana-mana individu yang mungkin menggunakan produk atau perkhidmatan kami atau berinteraksi dengan kami.
- Kami menghormati hak privasi anda di bawah Privacy Act 1988 (Commonwealth), Hong Kong Personal Data (Privacy) Ordinance, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang perlindungan data lain yang relevan dan ternyata dalam lampiran khusus dokumen ini bagi bidang kuasa tertentu (Undang-Undang Perlindungan Data).
- Bergantung kepada bidang kuasa tempat maklumat peribadi anda dikumpul, digunakan, didedahkan, atau dengan cara lain diproses oleh kami, lampiran berbeza yang khusus bagi negara itu mungkin berkuat kuasa. Jika maklumat peribadi anda telah dikumpul, digunakan atau didedahkan oleh kami dalam bidang kuasa tertentu, anda patut periksa jika ada lampiran khusus bagi bidang kuasa itu yang berkuat kuasa atas diri anda serta syarat-syarat pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan maklumat peribadi anda. Syarat- syarat dalam lampiran tersebut adalah tambahan kepada syarat-syarat Dasar ini dan merupakan sebahagian daripada Dasar ini.
2. APAKAH MAKLUMAT PERIBADI YANG KAMI KUMPUL DAN SIMPAN?
- Kami mungkin mengumpul jenis-jenis maklumat peribadi yang berikut:
- nama;
- alamat surat menyurat atau alamat jalan;
- alamat e-mel;
- nombor telefon;
- nombor faks;
- umur atau tarikh lahir;
- profesion, pekerjaan atau jawatan;
- data biometrik, misalnya cap jari;
- gambar wajah dan data pergerakan;
- maklumat kesihatan dan keselamatan termasuk status vaksinasi dan maklumat berkaitan COVID-19 yang lain, misalnya ujian negatif COVID-19;
- butir-butir produk dan perkhidmatan yang anda pernah dapatkan daripada kami atau yang telah anda tanyakan, serta maklumat tambahan yang diperlukan untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan tersebut dan menjawab pertanyaan anda;
- apa-apa maklumat tambahan tentang anda yang anda berikan secara langsung melalui laman web kami atau secara tidak langsung melalui penggunaan laman we atau kehadiran kamai dalam talian, melalui wakil kami atau dengan cara lain; dan
- maklumat yang anda berikan kepada kami melalui pusat perkhidmatan, tinjauan pelanggan, atau lawatan wakil kami dari semasa ke semasa.
- Sesetengah maklumat di atas mungkin merupakan data peribadi sensitif (sejauh yang berkenaan menurut Undang-Undang Perlindungan Data) tentang kaum, asal etnik, pendapat politik, atau gabungan, kepercayaan agama atau falsafah, orientasi atau keutamaan seksual, rekod jenayah, maklumat kesihatan, atau, dalam hal tertentu, data biometrik. Kami boleh mengumpul data peribadi sensitif hanya jika diwajibkan atau dibenarkan oleh undang-undang.
3. BAGAIMANA CARA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
- Kami mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda kecuali jika tidak munasabah atau tidak praktikal untuk berbuat demikian. Apabila mengumpul maklumat peribadi daripada anda, kami mungkin menggunakan pelbagai cara, termasuk:
- semasa anda mengakses dan menggunakan laman web kami;
- semasa perbualan antara anda dengan wakil kami;
- semasa anda datang ke premis kami; atau
- semasa anda melengkapkan permohonan atau pesanan pembelian.
- Kami juga boleh mengumpul maklumat peribadi daripada pihak ketiga termasuk:
- agensi pelaporan kredit, agensi penguatkuasaan undang-undang dan entiti industri atau kerajaan yang lain; dan/atau
- pengiklan, forum e-mel, ejen perekrutan, penyedai perkhidmatan semakan latar belakang, kontraktor dan rakan niaga.
4. KUKI (COOKIE)
- Dalam situasi tertentu, kami juga boleh mengumpul maklumat peribadi anda melalui penggunaan kuki (cookie). Ketika anda mengakses laman web kami, kami mungkin menghantar “cookie” (iaitu fail ringkasan kecil yang mengandungi nombor ID unik) ke komputer anda. Ini membolehkan kami mengenali komputer anda dan menyambut anda setiap kali anda melayari laman web kami tanpa mengganggu anda dengan permintaan under untuk mendaftar. Ia juga membolehkan kami menjejaki produk atau perkhidmatan yang anda lihat supaya, dengan izin anda, kami dapat menghantar kepada anda tentang produk atau perkhidmatan tersebut. Kami juga menggunakan kuki untuk mengukur corak trafik, bagi menentukan bahagian mana laman web kami yang dilayari dan mengukur corak transaksi secara keseluruhan. Kami menggunakan ini untuk mengkaji tabiat pengguna kami supaya dapat menambah baik produk dan perkhidmatan kami dalam talian. Jika anda tidak ingin menerima kuki, anda boleh meminda tetapan penyemak imbas anda supaya komputer anda tidak menerimanya.
- Kami boleh merekodkan alamat IP (alamat elektronik setiap komputer yang disambungkan ke internet) untuk menganalisis arah aliran, mentadirkan laman web, menjejaki pergerakan pengguna dan mengumpul maklumat demografi yang luas.
- Jika diwajibkan oleh undang-undang berkenaan, kami akan dapatkan izin anda bagi penggunaan kuki.
5. MENGAPA KAMI KUMPUL, SIMPAN, GUNAKAN DAN DEDAHKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
- Kami mengumpul maklumat peribadi anda agar dapat menjalankan aktiviti dan fungsi niaga kami dan memberikan kualiti khidmat pelanggan yang terbaik.
- Kami boleh mengumpul, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:
- untuk menyediakan anda produk dan perkhidmatan dan untuk menyampaikan komunikasi yang anda minta (termausk e-mel, mel, SMS, atau telefon) serta berita, penerangan atau saranan tentang produk dan perkhidmatan yang sedia ada, baharu atau mungkin ada;
- untuk menjawab pertanyaan dan memberikan penerangan atau saranan tentang produk atau perkhidmatan yang ada dan yang baharu;
- untuk membenarkan akses ke mana-mana premis kami sebagai sebahagian daripada langkah sekuriti serta kesihatan dan keselamatan kami;
- untuk memberi anda akses ke kawasan yang dilindungi di laman web kami;
- untuk menaksir prestasi laman web dan menambah baik operasi laman web;
- untuk menjalankan fungsi pemprosesan niaga, termasuk memberikan maklumat peribadi kepada entiti berkaitan kami, kontraktor, penyedia khidmat atau pihak ketiga lain sejajar dengan undang-undang yang berkenaan;
- untuk melakukan pentadbiran, pemasaran (termasuk pemasaran langsung), perancangan, pembangunan produk atau perkhidmatan, kawalan kualiti dan penyelidikan, untuk kami sendiri atau kontraktor atau penyedia khidmat luar kami;
- untuk memberikan maklumat peribadi anda yang dikemas kini kepada kontraktor atau penyedia khidmat luar kami sejajar dengan undang-undang yang berkenaan;
- untuk mengemas kini rekod kami dan butiran kontak anda;
- untuk menganalisis perkhidmatan kami dan keperluan pelanggan demi menambah baik perkhidmatan kami dan membangunkan perkhidmatan baharu;
- untuk memproses dan menjawab apa jua aduan yang dibuat tentang atau oleh anda, atau jika kami ada sebab mengesyaki anda telah melanggar sesuatu syarat kami atau sedang atau telah terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang;
- untuk mematuhi undang-undang, kaedah, peraturan, penentuan, keputusan atau arahan pengawal selia yang sah dan mengikat, atau bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan negara mana pun; dan
- untuk percantuman, pemerolehan atau pelupusan sebenar atau diusulkan atas kesemua atau sebahagian niaga atau aset kami.
- Kami juga boleh memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan (atau berkaitan langsung) dengan perkara di atas jika dibenarkan oleh Undang-Undang Perlindungan Data.
- Maklumat peribadi anda tidak akan diberikan kepada pihak lain, dijual, disewakan, atau didedahkan kecuali seperti diperihalkan dalam Dasar ini.
- Jika diwajibkan undang-undang berkenaan, kami akan dapatkan izin anda untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda.
6. APAKAH YANG TERJADI JIKA KAMI TIDAK DAPAT MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
- Jika anda tidak berikan kami maklumat peribadi yang diperihalkan di atas, bergantung pada konteks di mana maklumat peribadi itu dikumpulkan;
- kami mungkin tidak dapat berikan penerangan, produk, atau khidmat yang anda minta;
- kami mungkin tidak dapat lanjutkan hubungan niaga kami dengan anda atau membuat pembayaran kepada anda (mengikut konteksnya);
- kami mungkin tidak dapat memberi anda akses ke premis kami; atau
- kami mungkin tidak dapat sesuaikan kandungan laman web kami mengikut keutamaan anda dan untuk membantu anda menavigasi dan menggunakan laman web kami secara cekap.
7. KEPADA SIAPAKAH KAMI BOLEH DEDAHKAN MAKLUMANT ANDA?
- Kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada:
- pekerja kami, badan korporat dan entiti berkaitan yang lain, kontraktor atau penyedia khidmat untuk operasi laman web kami atau niaga kami, bagi memenuhi permintaan anda dan untuk menyediakan anda produk dan perkhidmatan termasuk, tanpa had, penyedia pengehosan web, pentadbir sistem IT, syarikat pengiriman, kurier, pemproses pembayaran, penyedia khidmat kemasukan data, pentadbir rangkaian elektronik, pemungut hutang, serta penashit profesional seperti akauntan, peguam cara, penasihat dan konsultan niaga;
- pembekal dan pihak ketiga lain yang ada hubungan komersial dengan kami, untuk tujuan niaga, pemasaran dan hal-hal berkaitan;
- mana-mana organisasi bagi apa jua keperluan resmi, dengan izin bertulis anda;
- pihak polis, pihak berkuasa atau penguat kuasa undang-undang berkenaan, penyedia khidmat internet atau pentadbir rangkaian anda, misalnya, jika kami ada sebab mengesyaki anda telah melanggar sesuatu syarat kami, atau dengan cara lain terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang, dan kami secara munasabah percaya bahawa pendedahan tersebut adalah perlu atau diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang; dan
- pembeli atau bakal pembeli seluruh atau sebahagian niaga atau aset kami.
- Maklumat anda yang kami kumpul boleh digabungkan atau dikongsi dengan maklumat yang dikumpul badan berkaitan kami atau entiti berkaitan lain (di dalam atau di luar Australia).
8. BAHAN PEMASARAN LANGSUNG
- Kami mungkin menghantar bahan komunikasi pemasaran langsung serta penerangan produk dan perkhidmatan yang kami rasa mungkin menarik minat anda. Komunikasi itu boleh dihantarkan dengan pelbagai cara, termasuk surat, SMS, faks dan e-mel, sejajar dengan undang-undang pemasaran yang berkenaan seperti Spam Act 2003 (Commonwealth). Anda mengizinkan kami untuk menghantarkan anda bahan komunikasi pemasaran langsung tersebut melalui apa jua cara tersebut. Jika anda menunjukkan keutamaan sesuatu kaedah komunikasi tertentu, kami akan berusaha menggunakan kaedah tersebut jika dapat. Selain itu, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, anda boleh pada bila-bila masa memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran kami dengan menghubungi kami (lihat butiran di bawah) atau melalui kemudahan pilih keluar dalam bahan komunikasi itu. Kami akan pastikan nama anda dialih keluar daripada senarai e-mel kami.
- Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada organisasi lain untuk tujuan pemasaran langsung kecuali anda secara nyata mengizinkan.
9. BAGAIMANA CARA ANDA DAPAT MENGAKSES DAN MEMBETULKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
- Anda boleh minta akses kepada maklumat peribadi yang kami simpan pada bila-bila masa dengan menghubungi kami (lihat butiran di bawah). Jika menyimpan maklumat yang berhak diakses oleh anda, kami akan cuba sediakan kaedah akses yang sesuai (misalnya, kiriman pos atau e-mel). Kami boleh kenakan bayaran untuk kos pentadbiran dan kos lain yang wajar bagi menyediakan maklumat itu. Kami tidak akan kenakan bayaran hanya untuk membuat permintaan dan tidak akan kenakan bayaran untuk membetulkan maklumat peribadi anda.
- Dalam situasi tertentu, kami mungkin tidak dapat berikan anda akses kepada maklumat peribadi di tangan kami. Misalnya, kami mungkin perlu menolak akses jika melanggari privasi orang lain atau menyebabkan pelanggaran kerahsiaan, menurut undang-undang berkenaan. Jika hal itu terjadi, kami akan berikan sebab-sebab penolakan itu secara bertulis.
- Jika anda percaya bahawa maklumat peribadi anda yang kami simpan adalah tidak benar, tidak lengkap, atau tidak tepat, anda boleh minta kami supaya memindanya. Kami akan pertimbangkan sama ada maklumat itu wajib dipinda. Jika tidak setuju pindaan patut dibuat, sejajar dengan undang-undang berkenaan, kami akan buat catatan pada maklumat peribadi bahawa anda tidak setuju. Jika diwajibkan undang-undang, kami akan berikan sebab bertulis mengapa permintaan ditolak.
10. APAKAH PROSES UNTUK MEMBUAT ADUAN TENTANG PELANGGARAN PRIVASI?
- Jika anda percaya bahawa privasi anda telah dilanggar, sila hubungi kami dengan butiran kontak di bawah dan berikan butir-butir kejadian supaya kami dapat manjalankan penyiasatan.
- Kami meminta aduan tentang pelanggaran privasi dibuat secara bertulis, supaya kami dapat memastikan maklumat aduan tersebut. Kami akan cuba mengesahkan yang sesuai dan perlu dengan anda memahami kelakuan yang berkaitan dengan aduan, dan apa hasil yang anda harapkan. Kami akan maklumkan anda sama ada kami akan lakukan siasatan, nama, jawatan dan butir-butir kontak pegawai penyiasat, serta anggaran tarikh selesai proses siasatan.
- Setelah selesai siasatan, kami akan hubungi anda, biasanya secara bertulis, untuk memaklumkan keputusan dan meminta respons anda kepada kesimpulan kami tentang aduan tersebut. Jika anda berikan respons, kami akan menilainya dan memberitahu anda jika pandangan kami berubah.
11. ADAKAH KAMI DEDAHKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA KEPADA SESIAPA PUN DI LUAR AUSTRALIA?
- Kami mungkin dedahkan maklumat peribadi anda kepada entiti berkaitan serta pembekal dan penyedia khidmat pihak ketiga di luar negara untuk sesetengah tujuan yang dinyatakan di atas.
- Kami mengambil langkah-langkah munasabah supaya penerima maklumat peribadi anda di luar negara tidak melanggar kewajipan privasi dan undang-undang tentang maklumat peribadi anda.
- Kami mungkin dedahkan maklumat peribadi anda kepada entiti di luar Australia, termasuk:
- entiti berkaitan kami, yang berada di Singapura, Hong Kong, Jepun dan lokasi lain yang ternyata di laman web kami dari semasa ke semasa;
- pengehosan data kami dan pembekal khidmat IT lain, yang berada di Singapura, Hong Kong, Jepun, Amsterdam dan Amerika Syarikat; dan
- penyedia khidmat pihak ketiga kami yang berada di Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Korea Selatan, Jepun, Kanada dan Ireland.
12. SEKURITI
- Kami mengambil langkah-langkah wajar demi memastikan maklumat peribadi anda terlindung daripada salah guna, kehilangan dan daripada akeses, pengubahan atau pendedahan tanpa izin. Kami mungkin menyimpan maklumat anda dalam bentuk elektronik mahu pun salinan keras. Maklumat peribadi dimusnahkan atau dihilangkan pengenalannya jika tidak diperlukan lagi.
- Memandangkan laman web kami dipautkan ke internet, dan internet ada risiko keselamatan, kami tidak dapat memberi jaminan apa pun tentang keselamatan penyiaran maklumat yang anda hantarkan kepada kami dalam talian. Kami juga tidak dapat menjamin maklumat yang anda berikan tidak akan dipintas semasa dihantarkan melalui internet. Oleh itu, anda sendiri menanggung risiko atas maklumat peribadi atau maklumat lain yang anda hantarkan kepada kami dalam talian.
13. PAUTAN
- Laman web kami mungkin ada pautan ke laman web lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Kami tidak membuat pernyataan atau jaminan tentang amalan privasi laman web pihak ketiga dan kami tidak bertanggungkawana atas dasar privasi atau kandungan laman web pihak ketiga. Laman web pihak ketiga wajib memaklumkan anda tentang amalan privasi masing-masing.
14. MENGHUBUNGI KAMI
- Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Dasar ini, sebarang kebimbangan atau aduan tentang pengendalian privasi anda atau kemungkinan pelanggaran privasi anda, sila gunakan kontak di laman web kami atau buitran di bawah.
- Semua permintaan dan aduan akan diperlakukan secara sulit. Wakil kami akan menghubungi anda dalam jangka masa yang munasabah setelah menerima permintaan atau aduan anda, untuk membincangkan masalah anda dan menggariskan beberapa pilihan bagi menyelesaikannya. Kami akan berusaha memastikan aduan anda diselesaikan tanpa membuang masa dan dengan cara yang wajar.
- Hubungi Pegawai Privasi kami1 di:
| Jawatan | Butiran Kontak |
| Naib Presiden, Undang – Undang | Alamat: Level 47,88 Walker Street North Sydney NSW 2060 E-mel: notices@airtrunk.com |
| Sekiranya Naib Presiden, Undang – Undang tidak dapat dihubungi, sila hubungi: | |
| Pengarah Kanan, Undang Undang Korporat | Alamat: Level 47, 88 Walker Street, North Sydney, NSW, 2060 E-mel: notices@airtrunk.com |
| Pengarah Kanan, Undang Undang Jepun | Address: E Space Tower, 3-6, Maruyamacho,Shibuya-ku,Tokyo Email: notices@airtrunk.com |
1 Dikenali sebagai Pegawai Perlindungan Data (Data Protection officer) di Singapura dan Pegawai Aduan (Grievance Officer) di India.
15. KONFLIK
- Apabila terjadi konflik Dasar ini antara versi bahasa inggeris dengan versi terjemahan, versi yang berkuat kuasa adalah versi bahasa inggeris.
16. PERUBAHAN DASAR KAMI
- Kami boleh mengemas kini Dasar ini dari semasa ke semasa. Apabila dikehendaki undang-undang berkenaan, kami akan meminta izin anda bagi perubahan Dasar ini. Setiap versi terbaru Dasar ini akan dipaparkan di laman web kami. Harap tinjau dari semasa ke semasa.
- Dasar ini terakhir dikemas kini pada July 2026.
1. JADUAL 1: LAMPIRAN SINGAPURA
- Lampiran Dasar Privasi AirTrunk ini berkuat kuasa atas anda jika Data Peribadi anda dikumpul, digunakan, didedahkan atau diproses oleh kami di Singapura. Syarat-syarat dalam Lampiran Singapura ini adalah tambahan kepada syarat-syarat yang dibentangkan dalam Dasar Privasi AirTrunk dan membentuk bahagian yang tidak terpisah daripada Dasar Privasi AirTrunk. Jika ada konflik atau ketidakselarasan antara Dasar Privasi AirTrunk dan syarat-syarat dalam Lampiran Singapura ini, Lampiran Singapura akan mengawal dan mengatasinya.
- Kami menghormati hak privasi anda berdasarkan Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2012 (Bab 26 tahun 2012) (PDPA) dan kami mematuhi semua kewajipan PDPA tentang pemungutan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda.
2. DEFINISI
- Bagi tujuan Lampiran Singapura ini:
- “Data Peribadi” bererti data, tidak kira benar atau tidak, tentang seorang individu yang boleh dikenal pasti: (1) melalui data itu; atau (2) melalui data itu dan maklumat lain yang dapat atau besar kemungkinan dapat diakses oleh organisasi tersebut; dan
- “proses”, “diproses” dan “memproses” bererti penjalanan sebarang operasi atau set operasi (automatik atau tidak) berkaitan Data Peribadi dan termasuk pengumpulan, penjanaan, penciptaan, rakaman, organisasi, penyimpanan, penyesuaian atau penggantian, pengambilan semula, perundingan, penggunaan, pendedahan melalui siaran, sebar luas, atau dengan cara lain menyediakan, penjajaran atau gabungan, penyekatan, pemadaman, atau pemusnahan.
3. BAHAN PEMASARAN LANGSUNG
- Kami mungkin menghantar kepada anda bahan komunikasi pemasaran langsung serta penerangan produk dan perkhidmatan yang kami rasa mungkin menarik minat anda. Komunikasi itu boleh dihantarkan dengan pelbagai cara, termasuk surat, SMS, faks dan e-mel, sejajar dengan undang-undang pemasaran yang berkenaan seperti Akta Kawalan Spam (Bab 331A Singapura).Kami akan mendapatkan izin anda untuk menghantarkan bahan komunikasi pemasaran langsung tersebut melalui apa jua cara tersebut.
- Kami tidak memberikan Data Peribadi anda kepada organisasi lain untuk tujuan pemasaran langsung, kecuali anda membenarkan secara nyata.
4. BAGAIMANA CARA ANDA DAPAT MENGAKSES DAN BETULKAN DATA PERIBADI?
- Anda boleh minta akses kepada Data Peribadi yang kami simpan pada bila-bila masa, dengan menghubungi kami (lihat butiran dalam Dasar Privasi AirTrunk di atas). Anda juga boleh minta penerangan tentang cara kami gunakan atau dedahkan Data Peribadi dalam masa 12 bulan sebelumnya. Jika menyimpan maklumat yang berhak diakses oleh anda, kami akan cuba sediakan kaedah akses yang sesuai (misalnya, kiriman pos atau e-mel). Kami boleh kenakan bayaran untuk kos pentadbiran dan kos lain yang wajar bagi menyediakan maklumat itu. Kami tidak akan kenakan bayaran hanya untuk membuat permintaan dan tidak akan kenakan bayaran untuk membetulkan Data Peribadi anda.
- Dalam situasi tertentu, kami mungkin tidak dapat berikan anda akses kepada Data Peribadi di tangan kami. Misalnya, kami mungkin perlu menolak akses jika melanggari privasi orang lain atau menyebabkan pelanggaran kerahsiaan, menurut undang-undang berkenaan. Jika hal itu terjadi, kami akan berikan sebab-sebab penolakan itu secara bertulis.
- Jika anda percaya bahawa Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami adalah tidak benar, tidak lengkap, atau tidak tepat, anda boleh minta kami supaya memindanya. Kami akan pertimbangkan sama ada maklumat itu wajib dipinda. Jika tidak setuju pindaan patut dibuat, sejajar dengan undang-undang, kami akan buat catatan pada Data Peribadi bahawa anda tidak setuju. Jika diwajibkan undang-undang, kami akan berikan sebab bertulis mengapa permintaan ditolak.
5. ADAKAH KAMI DEDAHKAN DATA PERIBADI KEPADA SESIAPA PUN DI LUAR AUSTRLIA?
- Kami boleh dedahkan Data Peribadi kepada entiti berkaitan serta pembekal dan penyedia khidmat pihak ketiga di luar Singapura untuk satu atau lebih tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Airtrunk.
- Kami akan pindahkan Data Peribadi anda kepada pihak luar negara hanya jika yakin tahap perlindungan yang memadai telah diterapkan bagi melindungi integriti dan keterjaminan Data Peribadi yang sedang diproses, dan akan memastikan penerima Data Peribadi anda di luar negara terikat di sisi undang-undang untuk menyediakan taraf perlindungan Data Peribadi anda yang setanding dengan perlindungan berdasarkan PDPA.
6. PENGEKALAN DATA
- Kami akan berhenti menyimpan Data Peribadi anda apabila berakhir tujuan kami mengumpul Data Peribadi anda dan/atau apabila kami tidak lagi dikehendaki tetap menyimpan Data Peribadi anda demi sesuatu keperluan undang-undang atau niaga.
7. MENARIK BALIK IZIN ANDA
- Anda dapat menarik balik izin anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui butiran kontak di bahagian “Menghubungi Kami” di atas. Apabila izin ditarik balik, akibatnya seperti yang dinyatakan dalam bahagian “Apakah yang terjadi jika kami tidak dapat mengumpul maklumat peribadi anda?” dalam Dasar Privasi AirTrunk di atas.
1. JADUAL 2: LAMPIRAN HONG KONG
- Lampiran Dasar Privasi AirTrunk ini berkuat kuasa atas anda jika Data Peribadi anda dikumpul, digunakan, didedahkan atau diproses oleh kami di Hong Kong. Syarat-syarat dalam Lampiran Hong Kong ini merupakan tambahan kepada syarat-syarat yang dibentangkan dalam Dasar Privasi AirTrunk dan membentuk bahagian yang tidak terpisah daripada Dasar Privasi AirTrunk. Apabila terjadi konflik atau ketidakselarasan antara Dasar Privasi AirTrunk dan syarat-syarat dalam Lampiran Hong Kong ini, maka Lampiran Hong Kong akan mengawal dan mengatasinya.
- Kami menghormati hak privasi anda di bawah Ordinan Data Peribadi (Privasi) (PDPO) dan kami mematuhi semua kewajipan PDPO tentang pemungutan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda.
2. DEFINISI
- Bagi tujuan Lampiran Hong Kong ini:
- “Data Peribadi” bererti data yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang masih hidup, yang daripadanya pengenalan diri individu itu dapat dipastikan secara langsung atau tidak langsung, dan dalam bentuk yang praktikal untuk data itu diakses atau diproses; dan
- “proses”, “diproses” dan “memproses” merangkumi, sehubungan dengan Data Peribadi, meminda, menokok, menghapus atau menyusun semula data, secara automatik atau tidak.
3. APAKAH YANG TERJADI JIKA KAMI TIDAK DAPAT MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA?
- Kami akan menyatakan sama ada memberikan jenis tertentu Data Peribadi itu diwajibkan atau sukarela bagi anda. Namun demikian, pemungutan sesetengah Data Peribadi wajib dilakukan untuk tujuan yang diperihalkan dalam Dasar Privasi AirTrunk.
- Jika anda tidak berikan kami Data Peribadi yang diperihalkan di atas, bergantung pada konteks pemungutan maklumat peribadi tersebut:
- kami mungkin tidak dapat memberikan anda penerangan, produk, atau perkhidmatan yang diminta;
- kami mungkin tidak dapat melanjutkan hubungan niaga kami dengan anda atau membuat pembayaran kepada anda (mengikut konteksnya);
- kami mungkin tidak dapat membenarkan anda masuk premis kami; atau
- kami mungkin tidak dapat menyesuaikan kandungan laman web kami mengikut pilihan utama anda dan membantu anda menelusuri dan menggunakan laman we kami secara cekap.
4. MENGUHUBUNGI KAMI
- Jika ada pertanyaan tentang Dasar ini, kekhuatiran atau aduan cara privasi anda diperlakukan atau kemungkinan pelanggaran privasi anda, gunakan pautan kontak di laman web kami atau butiran yang ternyata di bawah ini.
- Semua permintaan dan aduan anda akan diperlakukan secara sulit. Wakil kami akan menghubungki anda dalam jangka masa yang munasabah setelah menerima permintaan atau aduan anda, untuk membincangkan masalah anda dan menggariskan beberapa pilihan bagi menyelesaikannya. Kami akan berusaha memastikan aduan anda diselesaikan tanpa membuang masa den dengan cara yang wajar.
- Jika anda berada di Hong Jong, sila hubungi Pegawai Privasi kami di:
| Jawatan | Butiran Kontak |
| Ketua Pegawai Undang – Undang | 2701, 27th Floor, Central Plaza, 18 Harbour Road, Wanchai, Hong Kong notices@airtrunk.com |
1. JADUAL 3: LAMPIRAN JEPUN
- Lampiran Dasar Privasi AirTrunk ini berkuat kuasa atas anda jika data peribadi anda dikumpul, digunakan, didedahkan atau diproses oleh kami di Jepun. Syarat-syarat dalam Lampiran Jepun ini merupakan tambahan kepada syarat-syarat yang dibentangkan dalam Dasar Privasi AirTrunk dan membentuk bahagian yang tidak terpisah daripada Dasar Privasi AirTrunk. Apabila terjadi konflik atau ketidakselarasan antara Dasar Privasi AirTrunk dan syarat-syarat dalam Lampiran Jepun ini, maka Lampiran Jepun akan mengawal dan mengatasinya.
- Kami menghormati hak privasi anda berdasarkan Akta Perlindungan Maklumat Peribadi (APPI) dan kami mematuhi semua kewajipan APPi tentang pemungutan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda.
2. PEMINDAHAN DATA
- Maklumat Sensitif:
- Kami akan mengumpul dan/atau memindahkan maklumat peribadi sensitif anda hanya dengan izin khusus terlebih dahulu daripada anda.
- Pemindahan dalam negeri Jepun:
- Jika membantah kami memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga di Jepun seperti dilakarkan dalam Dasar Privasi AirTrunk di atas, sila maklumkan kami segera melalui surat kepad Pegawai Privasi, jika tiada bantahan, anda dianggap telah mengizinkan pemindahan tersebut.
- Kami akan berkongsi dan bersama-sama menggunakan maklumat peribadi anda yang dinyatakan dalam Dasar Privasi AirTrunk dengan syarikat dalam kumpulan kami bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi AirTrunk. AirTrunk Japan Operating G.K., Level 43, Roppongi Hills Mori Tower, 6-10-1, Roppongi, Minato-ku, Tokyo, Japan, Ketua Bahagian Undang-Undang – Jepun, bertanggungjawab mengelola data peribadi anda yang dikongsi dan digunakan bersama-sama oleh kumpulan syarikat AirTrunk.
- Apabila kami pindahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga, kami mengambil tindakan wajar supaya maklumat peribadi itu dipindahkan dan diproses dengan terjamin selamat sejajar dengan Dasar Privasi AirTrunk.
- Pindahan ke Luar Pantai :
- Kami hanya akan memindahkan maklumat peribadi anda ke entiti di luar Jepun:
- dengan izin anda dan setelah memberikan anda penerangan supaya dapat membuat Keputusan yang arif; atau
- tanpa izin anda kepada entity sama ada (i) di negara yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perlingdungan Maklumat Peribadi sebagai negara yang mempunyai peraturan perlindungan data setara dengan Jepun, atau (ii) yang melaksanakan piawai perlindungan data setara dengan Jepun. Kami akan berikan anda penerangan tentang piawai perlindungan data setar ajika anda memintanya dan memantau kepatuhan pihak ketiga terhadap piawai itu.
- Kami hanya akan memindahkan maklumat peribadi anda ke entiti di luar Jepun:
3. HAK ANDA
- Atas permintaan anda, kami akan:
- mendedahkan kepada anda maklumat peribadi anda yang kami pegang;
- menyemak semula, membetulkan, meminda atau menghapus maklumat peribadi tersebut;
- berhenti menggunakan maklumat peribadi jika digunakan untuk tujuan lain daripada yang awalnya dimaklumkan kepada anda, diproses atau diperoleh secara tidak jujur atau melanggar APPI, jika penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami mencetuskan perbuatan menyalahi undang-undang, tidak lagi perlu untuk tujuan pengumpulan yang asal, terjejas atau dengan cara lain diproses sehingga dapat mengancam hak atau kepentingan anda yang sah; dan
- memberikan anda akses kepada rekod kami tentang pemindahan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
- Harap ingat hak-hak di atas tidak berkuat kuasa dalam keadaan tertentu, misalnya:
- maklumat akan dihapuskan dalam waktu 6 bulan seteleh dikumpul;
- permintaan tidak munasabah atau tinggi kosnya atau sukar dipenuhi; dan
- akan menyebabkan gangguan nyata pada niaga kami.
- Jika kami tidak dapat memenuhi permintaan yang wajar daripada anda, kami akan memberitahu anda dan memberikan sebab-sebab mengapa kami tidak dapat memnuhinya.
1. JADUAL 4: LAMPIRAN CHINA
- Lampiran Dasar Privasi AirTrunk ini berkuat kuasa atas anda jika anda mastautin di Republik Rakyat China (“China”, tidak termasuk Hong Kong SAR, Macau SAR dan Taiwan bagi tujuan lampiran ini). Syarat-syarat dalam Lampiran China ini merupakan tambahan kepada syarat-syarat yang dibentangkan dalam Dasar Privasi AirTrunk dan membentuk bahagian yang tidak terpisah daripada Dasar Privasi AirTrunk. Apabila terjadi konflik atau ketidakselarasan antara Dasar Privasi AirTrunk dan syarat-syarat dalam Lampiran China ini, maka Lampiran China akan mengawal dan mengatasinya.
- Kami akan dapatkan izin anda (jika berkenaan, izin berasingan) untuk memproses maklumat peribadi anda (termasuk maklumat peribadi yang sensitif) jika dan sejauh yang diwajibkan undang-undang berkenaan.
- Kami boleh dedahkan maklumat peribadi anda kepada entiti kumpulan syarikat kami dan penyedia khidmat pihak ketiga yang berada di luar China untuk satu atau lebih tujuan yang dibentangkan dalam Dasar Privasi AirTrunk di atas, termasuk ke Australia, Hong Kong SAR dan Singapura. Sejauh yang diwajibkan undang-undang, dan apabila kami akan berkongsi, memindahkan atau menyimpan maklumat peribadi anda di luar China, kami akan pastikan entiti penerima menyediakan tahap perlindungan data memadai yang sekurang-kurangnya setanding dengan kehendak undang-undang berkenaan demi melindungi integriti dan keterjaminan maklumat peribadi anda sebelum memindahkan data dengan melaksanakan perjanjian pemindahan data yang wajar atau mengesahkan langkah-langkah keselamatan yang memadai serta kawalan lain telah diterapkan.
- Kami akan mengekalkan maklumat peribadi anda seberapa lama yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang berkenaan.
- Anda mungkin ada hak-hak berikut ini selain yang dibentangkan dalam Dasar Privasi Air Trunk:
- hak meminta supaya maklumat peribadi anda dihapuskan;
- hak menarik balik izin untuk pemprosesan maklumat peribadi anda yang anda berikan kami;
- hak meminta dibatalkan pendaftaran akaun anda (jika ada);
- hak meminta pemindahan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga;
- hak menolak keputusan yang hanya berdasarkan teknologi pengambilan keputusan automatik yang membawa impak nyata pada anda; dan
- hak membuat aduan kepada kami atau pihak berkuasa yang berkenaan.
- Kami boleh membuat perubahan pada Dasar Privasi AirTrunk ini (termasuk Lampiran China) dari semasa ke semasa. Apabila terjadi perubahan yang nyata, kami akan meminta izin anda atas perubahan tersebut sejajar dengan undang-undang yang berkenaan.
1. JADUAL 5: LAMPIRAN INDIA
- Lampiran Dasar Privasi AirTrunk ini berkuat kuasa atas anda jika anda bermastutin di India atau jika anda berada di India dan pemprosesan data peribadi anda dijalankan oleh Lumina CloudInfra Private Limited dan/atau sekutunya. Syarat-syarat dalam Lampiran India ini merupakan tambahan kepada syarat-syarat yang dibentangkan dalam Dasar Privasi AirTrunk dan membentuk bahagian yang tidak terpisah daripada Dasar Privasi AirTrunk. Apabila terjadi konflik atau ketidakselarasan antara Dasar Privasi AirTrunk dan syarat-syarat dalam Lampiran India ini, maka Lampiran India akan mengawal dan mengatasinya.
2. HAK ANDA DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN
- Anda mungkin mempunyai hak-hak berikut berhubung dengan pemprosesan maklumat peribadi anda di bawah Dasar Privasi ini, setakat yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkenaan:
- hak meminta supaya maklumat peribadi anda dihapuskan;
- hak untuk menamakan seorang atau lebih individu bagi melaksanakan hak-hak anda sekiranya anda meninggal dunia atau hilang keupayaan;
- hak untuk mengakses, membetulkan dan mengemas kini maklumat peribadi anda; dan
- hak untuk mendapatkan penyelesaian terhadap aduan anda daripada kami atau pihak berkuasa yang berkaitan.
- Bagi membolehkan anda melaksanakan hak-hak di atas, sila hubungi Pegawai Privasi kami menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi AirTrunk seperti yang dinyatakan di atas.
- Anda juga mungkin mempunyai hak untuk mengemukakan aduan kepada Lembaga Perlindungan Data India (setelah ia dimaklumkan) sekiranya anda percaya bahawa kami telah memproses maklumat peribadi anda dengan melanggar undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Walau bagaimanapun, kami mengalakkan anda untuk mengemukakan sebarang aduan kepada kami terlebih dahulu supaya kami dapat berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya.
1. JADUAL 6: LAMPIRAN MALAYSIA
- Lampiran Dasar Privasi AirTrunk ini berkuat kuasa atas anda jika maklumat peribadi anda dikumpulkan, digunakan, didedahkan atau diproses oleh kami di Malaysia. Syarat-syarat dalam Lampiran Malaysia ini merupakan tambahan kepada syarat-syarat yang dibentangkan dalam Dasar Privasi AirTrunk dan membentuk bahagian yang tidak terpisah daripada Dasar Privasi AirTrunk. Apabila terjadi konflik atau ketidakselarasan antara Dasar Privasi AirTrunk dan syarat-syarat dalam Lampiran Malaysia ini, maka Lampiran Malaysia akan mengawal dan mengatasinya.
- Kami menghormati hak privasi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA MY) dan kami mematuhi semua kewajipan PDPA tentang pemungutan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda.
2. APAKAH YANG TERJADI JIKA KAMI TIDAK DAPAT MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA?
- Kami akan menyatakan sama ada memberikan jenis tertentu Data Peribadi itu diwajibkan atau sukarela bagi anda. Namun demikian, pemungutan sesetengah Data Peribadi wajib dilakukan untuk tujuan yang diperihalkan dalam Dasar Privasi AirTrunk.
- Kami akan menyatakan sama ada memberikan jenis tertentu Data Peribadi itu diwajibkan atau sukarela bagi anda. Namun demikian, pemungutan sesetengah Data Peribadi wajib dilakukan untuk tujuan yang diperihalkan dalam Dasar Privasi AirTrunk.
- kami mungkin tidak dapat memberikan anda penerangan, produk, atau perkhidmatan yang diminta;
- kami mungkin tidak dapat melanjutkan hubungan niaga kami dengan anda atau membuat pembayaran kepada anda (mengikut konteksnya);
- kami mungkin tidak dapat membenarkan anda masuk premis kami; atau
- kami mungkin tidak dapat menyesuaikan kandungan laman web kami mengikut pilihan utama anda dan membantu anda menelusuri dan menggunakan laman web kami secara cekap.
3. ADAKAH KAMI DEDAHKAN DATA PERIBADI KEPADA SESIAPA PUN DI LUAR MALAYSIA?
- Kami boleh mendedahkan maklumat peribadi kepada entiti berkaitan kami serta pembekal dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang terletak di luar Malaysia bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi AirTrunk di atas.
- Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa penerima maklumat peribadi anda di luar negara tidak melanggar kewajipan privasi serta undang-undang yang terpakai berkaitan dengan maklumat peribadi anda.
- Kami mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada entiti yang terletak di luar Malaysia, termasuk yang berikut:
- Entiti-berkaitan kami, yang terletak di Singapura, Hong Kong, Jepun dan mana-mana lokasi lain yang disenaraikan di laman web kamai dari semasa ke semasa;
- penyedia perkhidmatan pengehosan data dan penyedia perkhidmatan tekonologi maklumat (IT) kami, yang terletak di Singapura, Hong Kong, Jepun, Amsterdam dan Amerika Syarikat; dan
- penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami, yang terletak di Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Korea Selatan, Jepun, Kanada dan Ireland.
4. PENGEKALAN DATA
- Kami memproses maklumat peribadi anda hanya selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi AirTrunk di atas, dan selepas itu selama tempoh yang kami dikehendaki berbuat demikian di bawah tempoh had statutori yang berkaitan, undang-undang dan peraturan yang terpakai, serta dasar dalaman kami. Sekiranya maklumat peribadi tersebut tidak lagi diperlukan bagi tujuan yang dinyatakan di atas atau bagi keperluan undang-undang yang berkaitan, kami akan memadamkan maklumat peribadi tersebut.
5. MENGHUBUNGI KAMI
- Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah PDPA MY, anda boleh meminta akses kepada dan/atau pembetulan maklumat peribadi anda, meminta untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda, dan/atau mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan maklumat peribadi anda dengan menghubungi:
| Jawatan | Butiran Kontak |
| Naib Presiden, Perundangan | Nombor Telefon: +61 2 9953 4780 E-mel: notices@airtrunk.com Alamat: Level 47, 88 Walker Street, North Sydney, NSW 2060 |
